Melancong merupakan aktiviti yang digemari oleh semua orang dan sering ditunggu-tunggu tidak kira sesiapa sahaja khususnya bagi yang sudah berkeluarga. Yelah, semasa melanconglah kita dapat merehatkan fikiran, dan merapatkan hubungan sesama ahli keluarga disamping mengenali budaya dan tempat baru.

Namun begitu, bagi anda yang first time ingin melancong khususnya ke luar negara, anda perlu lah membuat beberapa persiapan bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini semasa melancong. Jadi untuk posting kali ini, saya akan berkongsikan beberapa tips persediaan asas sebelum anda merancang untuk pergi melancong.

1- Tentukan bajet

Bila sebut pasal melancong, mesti anda akan terfikir untuk melawat tempat yang best-best dan terkenal. Tapi anda perlu tahu, setiap tempat mempunyai kosnya yang tersendiri kerana berlainan matawang dan cara hidup. Jadi anda perlu tentukan dulu berapa bajet yang anda sanggup laburkan untuk pergi melancong. Jangan nanti baru tengah bulan, anda terpaksa makan mee segera dan tak mampu nak bayar bil.

Sekiranya anda inginkan trip ke negara Eropah, Balkan, Turki dan berdekatan, anda perlu spend sekuranya RM4,000 seorang. Bagi negara middle east, China, Korea, Jepun dan Australia, bajet yang anda perlu ada antara RM3,000 – RM4,000 seorang. Sekiranya bajet anda di bawah RM2,000 seorang, anda boleh melawat negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, Indonesia atau Singapore.

2- Kenal pasti destinasi pelancongan

Perkara seterusnya yang anda perlu buat adalah senarai pendek destinasi pelancongan yang menepati bajet anda supaya mudah sikit anda nak pilih untuk bercuti ke mana nanti. Listkan dalam 4-5 tempat yang anda memang rasa nak sangat pergi ke situ. Berdasarkan senarai pendek tersebut, buat perbincangan bersama pasangan/keluarga/rakan dan pilih mengikut priority (wishlist) dan minat.

Dalam menentukan lokasi percutian, anda perlu tahu musim dan suhu bagi tempat yang ingin dituju. Sebagai contoh, sekiranya musim sejuk, suhu biasanya mencecah negatif. Kalau anda tidak tahan sejuk, elakkan pergi ke tempat yang sedang winter. Pada musim luruh pula, kebiasaanya akan hujan. Kalau anda tidak mahu berhujan semasa trip, elakkan pergi ke tempat yang selalu turun hujan.

3- Buat kajian mengenai lokasi pelancongan

Setelah anda memilih destinasi pelancongan, anda perlu membuat sedikit kajian berkenaan tempat yang ingin dituju. Kenal pasti tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong; tempat bergambar, tempat makan dan tempat untuk shopping. Kemudian anda perlu susun mengikut keutamaan kerana mustahil untuk anda pergi ke semua tempat yang ada. Jadi melalui susunan tersebut, lebih mudah untuk anda merangka itinerari nanti.

4- Tempoh masa percutian

Tentukan tempoh masa percutian mengikut kesesuaian anda. Bila bercuti memang la seronok, apatah lagi kalau waktu percutian tu lama. Tapi anda perlu ingat komitmen, tanggungjawab dan keupayaan diri. Kena ambil kira travelling days berapa hari, jetlag berapa hari dan keupayaan diri untuk berjauhan dari Malaysia berapa hari. Kepada yang jenis tak biasa travel lebih daripada 5 hari, dinasihatkan tidak membuat kerja gila. Tiba-tiba plan terus travel untuk sebulan. Mengikut pemerhatian kami, selalunya bila hari ke-10 travel, ramai yang dah pancit ?

5- Merangka itinerari perjalanan

Langkah terakhir adalah merangka perjalanan anda. Berdasarkan segala maklumat yang anda telah dapatkan sebelum ini, buat satu itinerari yang sesuai untuk percutian anda. Memang anda boleh je minta daripada kawan yang dah pergi, tetapi perlu diingat setiap orang ada preference yang berbeza. Mungkin kawan anda minat kepada sejarah, jadi tempat lawatanya banyak ke muzium. Ada yang minat senibina, jadi kebanyakkan tempatnya adalah bertumpu kepada bangunan-bangunan lama.

‘Alamak, macam rumit je. Saya tak pandai la buat itinerari’. Okay, tak pandai tidak mengapa. Saya akan ajar cara membuat itineari pada posting akan datang. Semasa membuat itinerari, anda perlu tahu samada ingin menaiki pengangkutan awam ataupun menyewa kenderaan. Anda juga perlu tahu jenis penginapan yang ingin anda duduk, dan lokasi penginapan dari tempat-tempat lawatan.

Nota Editor: Perlu diingatkan, kadang-kadang apa yang berlaku semasa percutian tidak seperti apa yang dirancang. Jadikan itinerari anda se’flexible’ yang boleh supaya tidak menganggu keseronokkan anda semasa bercuti. Chill je, just go with the flow. Tak perlu stress, anda hanya perlu fokus macam mana nak selesaikan masalah. Benda yang tak dirancang ini lah selalunya yang menggembirakan hati kita di akhir percutian kelak.